Sunday 27 March 2016

Bagaimana ayah, begitulah anaknya.

"Siapa yang menjaminmu hidup sampai selepas waktu zuhur?

Pertanyaan itu terlontar daripada mulut seorang pemuda kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz, tokoh pemimpin bergelar kulafa' ar-rasyidin kelima.
Ketika itu, khalifah yang terkenal dengan keadilannya itu sangat tersentak dengan pertanyaan si pemuda tersebut.
Apatah lagi pada ketika itu, dia sedang merebahkan dirinya beristirehat selepas selesai mengebumikan khalifah sebelumnya, Sulaiman bin Malik.

Tetapi baru sahaja dia merebahkan badannya, seorang pemuda berusia 17 tahun datang menghampiri dan mengatakan,
"Apa yang tuan lakukan wahai Amirul Mukminin?"

Umar menjawab,
"Biarkan saya tidur sejenak. Saya sangat letih dan penat sehingga hampir tiada kekuatan yang tersisa."

Namun pemuda itu kelihatan tidak puas hati dengan jawapan tersebut. Dia bertanya lagi,
"Apa tuan akan tidur sebelum mengembalikan barang yang diambil secara paksa dari pemiliknya, wahai Amirul Mukminin?"

Umar menjawab,
"Jika tiba waktu zuhur, saya bersama orang-orang saya akan mengembalikan barang-barang tersebut kepada pemiliknya."

Jawapan itulah kemudian ditanggapi oleh si pemuda,
"Siapa yang menjaminmu hidup sampai selepas waktu zuhur, wahai Amirul Mukminin?

Pemuda itu bernama Abdul Malik. Dia adalah putera Khalifah Umar sendiri.





Dipetik dari buku 'Cinta di Rumah Hasan al-Banna'